moto

Image

GARAPAN

Pembelajaran Eksplorasi Bahasa ini antaranya cetusan daripada kaedah “Pemburuan Harta Karun” atau treasure hunt. Namun daripada penelitian penulis, kaedah ini telah digunakan dalam eksplorasi Nabi Musa menuntut ilmu melalui Nabi Khidir sejak berkurun lamanya. Kaedah pembelajaran tersebut sudah pun wujud sekitar 1,300 tahun sebelum masihi (sekitar 3,300 tahun dahulu). Peristiwa tersebut telah diceritakan dalam Surah Al-Kahfi ayat 60 - 82. - MS
Image
Image

PROFIL ASPIRASI

ANDA sedang melayari laman sesawang Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Al-KAHFI dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia. Anda akan dapat memperoleh pelbagai maklumat tentang pendidikan yang berkisar tentang pedagogi, inovasi, penyelidikan, motivasi, penerbitan, dan aktiviti pendidikan.

Kumpulan ini juga melaksanakan pembelajaran dengan kaedah blended learning untuk guru-guru di seluruh Malaysia atas jemputan, guru-guru pelatih,  murid-murid, pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi (IPT), dan pemimpin dalam kalangan guru dan organisasi dalam mana-mana perkhidmatan sama ada kerajaan mahupun swasta. Selain itu, kumpulan ini akan berkongsi pelbagai maklumat tentang inovasi serta pengalaman menghasilkan inovasi.

Matlamat kumpulan ini ialah berkongsi kemahiran pembelajaran abad ke-21 melalui produk dan inovasi yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan revolusi industri 4.0 dalam usaha membantu mentransfomasikan sistem pendidikan negara. Kami juga terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sebagai suatu tanggungjawab sosial dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 50 (TN50).

APAKAH ITU EBaK?

EBaK ialah akronim untuk Eksplorasi Bahasa al-Kahfi. Berikut ialah profil ringkas EBaK seperti yang terdapat dalam risalah di bawah.

PRODUK AL-KAHFI "Meningkatkan Penguasaan Literasi Bacaan Dalam Murid LINUS Dengan Menggunakan Modul Pembelajaran Eksplorasi Bahasa Al-Kahfi (EBaK)" - TAHUN 2016

Image

PRODUK AL-KAHFI "Modul Pembelajaran TABSOR + ABC" membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid - TAHUN 2017

Image

PRODUK HIBRID AL-KAHFI (IPGKTAR) dengan PUSAKA yang bertajuk "TRIPLE A 21" - TAHUN 2017

Image

Log Masuk

SELAMAT DATANG 
ke Laman Web Kumpulan KIK Al-Kahfi
IPG Kampus Tun Abdul Razak

Jumlah Pelawat

Hari Ini30
Semalam48
Minggu Ini30
Bulan Ini1002
Jumlah8918

Pengguna Semasa

1
Online

2018-07-16
© 2018 Laman Web Kumpulan KIK Al-Kahfi Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Hakcipta Terpelihara.